Monday, October 17, 2011

SALAM...

I think its been long i'm not post something in my blog.. huhuhu
so..today..i get new air 2 share something with all my frend.....
what up..how abaut u...? (really bad..)
what do u think...about IMAN AND TAQWA..

...JANGAN SAMPAI TERTINGGAL GERABAK...


Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa.
Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap dari kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini.
Seringkali kita dapati ramai generasi muda yang bersemangat pada peringkat awalnya tetapi mula mencari rentak baru apabila diberi sedikit ujian di dalam bentuk yang pelbagai.
Ada yang diuji dengan kesibukan kerjaya, ada yang diuji dengan keperitan hidup, ada yang diuji dengan kesenangan dunia, ada yang diuji dengan populariti, ada yang diuji dengan obses pendapat sendiri dan sebagainya.  
Ujian-ujian ini menyebabkannya semakin hari semakin menjauhkan diri daripada gerabak kebenaran dan kebaikan sehingga akhirnya dia sekadar menjadi pemerhati kepada sejarah yang berlaku.
Terjemahan hadith:
Dari Abu Amr, dan ada juga yang mengatakan Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdillah As Tsaqofi r.hu dia berkata, saya berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: 'Saya beriman kepada Allah', kemudian berpegang teguhlah.[Riwayat Muslim]
Di antara pelajaran daripada hadith ini:
1.     Iman dan amal soleh mesti dimiliki dan diperbaharui.
2.     Istiqamah merupakan kehebatan di darjat yang tinggi.
3.     Perintah untuk istiqamah di jalan kebaikan dan ikhlas beribadah hingga mati.
Hidayah adalah milik Allah dan Dialah yang membolak-balikkan hati kita semua. Bagi mengelakkan diri daripada gejala keciciran ini, maka sudah semestinya kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung. Semuanya ini adalah milik Ilahi dan Dialah yang berupaya memberikan segala-galanya kepada kita.
Setiap kita seharusnya mengambil pengiktibaran daripada kisah-kisah para nabi yang terdahulu dan para sahabat yang berpegang teguh dengan janji-janji Allah swt sehingga mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan yang hakiki.
Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah ini.

Saturday, April 30, 2011

Perbezaan Yakin & Percaya


Suatu hari, di suatu tempat yang tidak bernama, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut.
Kemudian dia bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!
Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya." Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.
"Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?"
Semua orang menjawab, "Mahu!"
"Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"
Senyap. Tiada sesiapa menjawab.
"Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?" tanya penembak itu lagi.
Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudahnya.
Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.
Apakah perbezaan antara percaya dengan yakin? Cuba kita sama-sama fikirkan dan kaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Sang Pencipta. Adakah kita hanya percaya tetapi tidak yakin, ataukah kita percaya dan yakin? Mari kita sama-sama selidiki diri di manakah kita.

Sunday, January 30, 2011

..Aku mampu Mengubah Dunia..


Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan..
Aku ingin MENGUBAH DUNIA.
Bila usia meningkat dewasa
Dan aku semakin matang
Kusedari...
Rupanya dunia tidak akan berubah
Lalu aku bataskan jangkauan..
Memadailah jika..
Aku dapat MENGUBAH NEGARA
Namun ini juga tidak kesampaian.
Di usia senja..
Pilihan terakhirku
Untuk MENGUBAH KELUARGA
Dan mereka yang terdekat
Malangnya...
Mereka juga tidak mampu ku ubah.
Kini...
Di perbaringan menanti maut
Baru ku sedari..
(Mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah..
Adalah DIRI SENDIRI..
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA.
Lantas...
Dengan sokongan..
Dan dorongan semangat mereka
Aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA.
Dan siapa tahu...
Mungkin juga...
AKU MAMPU MENGUBAH DUNIA!